10/03/10

HARI Yg RESAH

SELASA 9.3.2010

Ada beberapa perkara y, memerlukan kami atasi dan fikirkan. Yang pertama orang yg jaga anak-anak tak sanggup jaga anak2 pada hari Sabtu dan Ahad..sedangan itulah hari yang utama untukkami berniaga buat masa sekarang..alasannya dia tak boleh renyah sebab operation masa lahirkan baby 9 bulan yang lalu.Ok lah nak buat macam mana..sebelum ni aku ada juga beri cuti , tak antar anak masa isnin hingga Jumaat.Isnin lepas aku tak antar sebab fikirkan hari Ahad nak minta dia jagakan anak-anak semasa aku pi niaga Pasar Tani. Seingat aku dan hubby dia pernah menyatakan kesediaannya untuk tolong jagakan anak2 walau malam walau hari cuti..sebab tu aku pun tak berkira dalam memberi upah...Ye lah, sian juga..orang operate memang kena jaga diri baik2......Taaapi camna aku n hubby?#@
Kedua..pa
gi-pagi kami lalu depan kedai yang nak kami sewa...kelihatan tuan kedai dah gantung semula notis kedai untuk disewa. Alamak! kenapa ni En. Teo..Hubby telefon lah uncle "Sayakan sudah boking kedai, kenapa En Teo gantung untuk di sewa lagi?"Alkisahnya, itu tuan kedai betul-betul berpegang pada janji..Ye, kami janji bulan Mac (bulan 3) nak mula sewa...tapi senyap saje.Nada dia respon pun ada marah sikit...Alahh, aku yakin ,kalau kami tak sewa, sampai sekarang kedai tu belum ada penyewa lagi pun, banyak kedai kosong deret kedai tu. Tapi hubby n aku memang salah dalam hal ni, sebab tak contact dia lagi selepas beri RM1000 sebulan yang lalu...
Aku bun
gkam sekejap...bengang pada dua orang ini..hui..hui.
Hubby steady je, walau celaru ju
ga seejap. "Ok lah..jom teruskan plan hari ni, hantar kasut crocs pada Ngah untuk dijual, beri sampel je dulu..sebelum tu sempat pulak singgah Mutiara Motor, cuci mata je, akhir sekali balik Kota Tinggi jumpa Teo"
After solat Asar..syahdu tu n
gadap Allah mohon dipermudahkan semua urusan....he..he, bila susah baru tau rasa syahdu.Ini baru ujian ciput je. Ye la tu aku. Lepas Asar hubby call En. Teo (En. Teo ni sebenarnya baik, first time aku jumpa dia..aku rasa dia ni macam bapak-bapak kita la gitu, beri nasihat, macam boleh belebih kurang)..Tak sangka pulak dia boleh membelakangkan kami , tiba-tiba je nak cari penyewa lain. Hubby kata, itu memang hak dia..sure lah dia tak nak terlepas peluang, kita yang tak contact2 dia..sonyap je. Betul ...ye tak ye..Maka jumpa tuan kedai, baik je dia dan faham masalah kami, dia gantung notis sewa tu, sebab samalah seperti yang hubby cakap tu. Dia beri kami mula masuk pertengahan Mac ni, free je. April nanti baru bayar sewa (Bussines is bussines...sebelum tu kami dah beri cek RM7600, pendahuluan sewa 2 bulan campur duit api)..Minum hari ni free, tuan kedai bayarkan, offer makan, kami tolak. Kedai makan tu selang sebuah dari kedai kami, sewa RM3200 bawah saja, atas RM1000. Kami RM3000 bawah Atas RM800..ok la tu , rendah la juga .Kalau kami tak sewa atas dia nak bela burung walit, sewalah sekali..boleh jadi kedai utk pemborong baju nanti ...bila? tak tau lagi.
Demikianlah isu hari ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar