
Anak-anak (yg baju pink anak babysiter-mix chinese malay). Sebelum ni dalam kul 3 pm aku dah ambik anak-anak dari rumah pengasuh, malah lebih awal pun ada...tapi sekarang, malam baru hubby & aku jemput mereka...Laaa kata cuti setahun. Ya benar, yang cuti tu kerja makan gaji...kerja baru sekarang, ialah kerja tak makan gaji, sesungguhnya betullah keja sendiri memang mencabar. Kerja sendiri di sini membawa maksud menjalankan perniagaan sendiri (jual barang-barang). Ayahku dan ayah mertuaku juga berniaga, tapi ayahku berniaga perkhidmatan manakala bapa mertuaku perniagaan tani (belimbing, jagung...datang le tempat aku kalau nak beli belimbing fresh dari ladang, jagung pun dah nak harvest tak lama lagi.....eh..eh promosi la pulak).
Ok aku terus kisahkan....malam tadi 10.30 malam baru jemput anak-anak, yang jaga pun dah tidur..suami dia pula yang berjaga..macam malu juge gitu. Malam tadi berurusan dengan pembekal crocs di dataran seget JB. Sapa-sapa nak cuba-cuba jual crocs boleh lah, sedang panas ni sekarang. Itu lah yang hubby dan aku buat..Ahad lepas berniaga di Pasar Tani Taman Universiti, asalnya nak jual baju kanak-kanak , hubby saja je jual sikit crocs...tup-tup hubby punye crocs lagi panas dari baju aku...hui...hui. Tapi tak pe, kejayaan hubby kejayaan aku juga. Maju hubby!!Hidup hubby!!...
Itulah kami, ibarat tak de penyakit cari penyakit,..Tapi seronok, menarik, mengujakan..baru rasa hidup ini penuh dengan warna warni, turun naik dan mencabar (aku tau ini baru cabaran yang ciput je...)Ok sayang-sayang semua , sambung malam ni yek..bye..good day and salam.