26/03/10

KEDAI OH! KEDAI

7600 telah diserah pada tuan kedai...huk..huk...sayang,.nak buat macam mana, kedai tu bukan apak aku yang punya. Teo yang punya...tak pa-tak ...pa susah-susah dulu. Apa yang penting, akhirnya hubby dan aku dapat pegang kunci kedai. Bussines may be bulan 5 baru boleh mula..may be...yes..may be not..Mozek dah beli, beli kat JB murah sikit dari kat Kota Tinggi..

Hubby dah setuju untuk mengikuti kursus borong di cina pada 3 April 2010 ini. Ada rezki pi lawatan ke cina, if tak de nanti-nanti lah dulu..tapi itu matlamat kami. Kedai bawah jual baju, edai atas pusat memborong pakaian kanak-kanak.Kalau nak beri harga murah kepada pelanggan kita mesti berusaha dapatkan harga yan murah dari pemborong. Cinalah negara yang ada menawarkan itu semua.

PASAR TANI 3

Minggu ke 3 kami tak berniaga di Pasar Tani ada hal yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnyakan kita ni merancang, Allah jua yang menentukan..Aku terima ketentuanNya.Sesekali kami sekeluarga berkunjung ke ladang jagung milik Amin (adik Hubby),susah tau dia nak jaga baby-baby dia tu, kalau dah ada beribu pokok dan setiap pokok perlu diberi perhatian satu persatu..wahh mencabar kan.

Aku lupa nak cerita pada minggu ke 2 di pasar tani, kami dah ada canopy, beli yg low price RM79, murah..Crocs lebih banyak dari minggu lepas, baju pun tambah juga stok dari Miakids sampai .Hanger tambah 2 dozen, rak sangkut beli dua lagi, satu yang rendah satu lagi dua tingkat..tambah mannquin budak...he..he..ada kemajuan nampaknya. Ewan kata (Ewan ni adik Hubby, dah lama berniaga di Pasar Tani) minggu ni ramai orang, dah gaji. Betullah kata adik ipar ku itu, ramai orang, baju aku pun banyak laku, crocs jangan ceritalah..yang ada tu sekeluarga datang memilih dan membeli kasut buaya nie.Baju-baju aku digerami oleh kaum ibu, maklumlah baju budak-budak..memang kita suka tengokkan, kaum ibu lah, kaum bapa buat tak tau je..tapi hulur juga RM pada kaum ibu..bagus diaorang ni,.
Panas terik, harga pun aku beri panas juga..adakalanya aku cuma untung singgit dua je, kalau kat butik atau pasaraya baju jenama gap,polo dan lain-lain tak dapat rega camtu, aku pun macam happy tengok customer gembira bila dapat tawar senang2 aku beri kurang sampai RM5...Ni baju, bukannya peti sejuk ke, basikal ke, patut aku kurangkan singgit je ke, 50 sen ke, customer suka jugakan..Next time aku mesti lebih tega dan tetap istiqamah dengan harga yang aku dah tetapkan....Apapun jualan minggu kedua jauh beza dengan first week ari tu..kami puashati n raikannya berdua di kedai mamak, roti canai pisang..mmmm ..sedap.Sebelum tu, tau tak apa jadi pada canopy baru kami tu, sedang Azam (adik Hubby juga..hubby ramai adik-adik lelaki dan perempuan juga)bantu memasang canopy..tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur..slow saja ..lalu melanggar besi canopy yang dihamparkan atas dataran(jalan)tu...maka kemek lah besi itu dan bye..bye..tidak buleh diguna pakai lagi.Macammana pun yang langgar tu ustazah.."duit ni datang dari Allah, yang berlaku ni pun atas kehendak Allah..tak pa lah saya ganti." Baik kan ustazah tu...syukur.
Minggu ke 3 seperti yang dinyatakan..off.
Minggu ke 4...Angah sekali lagi menghulurkan bantuan, anak-anak dititipkan di sana, mereka pun suka, cuma Ain yang nangis sekejap.Kelayu jawa kata. Malam Ahad tu juga hubby berusaha mendapatkan canopy yang lebih baik..dapat akhirnya ,canopy berharga RM299. Esoknya berniagalah kami di bawah canopy ,bolehlah buat-buat berteduh.Aku jumpa pembekal baru, sekitar Skudai juga, pemborong dari China baju-baju berjenama, sesuailah dengan konsep kami, RM1000 lebih dimodalkan di kedai itu. Best, stok baju aku bertambah lagi..ada gaun, rompers,legging dan lain-lain.Kali ini mula-mula macam sepi sikit, tapi lama-lama ramailah juga pengunjung ke gerai kami.

10/03/10

KOREK TABUNg....

Semua hasil jualan di Pasar Tani hubby bank inkan dalam Current Akaun...kesannya hari ni nak isi minyak kereta pun tak cukup duit. Mesin ATM rosak, area aku tinggal tu, satu je mesin ATM,tu pun kat Petronas.Last-last, balik rumah korek tabung kayu rumah tradisional yang dibeli 11 tahun lalu...hish....hish.

HARI Yg RESAH

SELASA 9.3.2010

Ada beberapa perkara y, memerlukan kami atasi dan fikirkan. Yang pertama orang yg jaga anak-anak tak sanggup jaga anak2 pada hari Sabtu dan Ahad..sedangan itulah hari yang utama untukkami berniaga buat masa sekarang..alasannya dia tak boleh renyah sebab operation masa lahirkan baby 9 bulan yang lalu.Ok lah nak buat macam mana..sebelum ni aku ada juga beri cuti , tak antar anak masa isnin hingga Jumaat.Isnin lepas aku tak antar sebab fikirkan hari Ahad nak minta dia jagakan anak-anak semasa aku pi niaga Pasar Tani. Seingat aku dan hubby dia pernah menyatakan kesediaannya untuk tolong jagakan anak2 walau malam walau hari cuti..sebab tu aku pun tak berkira dalam memberi upah...Ye lah, sian juga..orang operate memang kena jaga diri baik2......Taaapi camna aku n hubby?#@
Kedua..pa
gi-pagi kami lalu depan kedai yang nak kami sewa...kelihatan tuan kedai dah gantung semula notis kedai untuk disewa. Alamak! kenapa ni En. Teo..Hubby telefon lah uncle "Sayakan sudah boking kedai, kenapa En Teo gantung untuk di sewa lagi?"Alkisahnya, itu tuan kedai betul-betul berpegang pada janji..Ye, kami janji bulan Mac (bulan 3) nak mula sewa...tapi senyap saje.Nada dia respon pun ada marah sikit...Alahh, aku yakin ,kalau kami tak sewa, sampai sekarang kedai tu belum ada penyewa lagi pun, banyak kedai kosong deret kedai tu. Tapi hubby n aku memang salah dalam hal ni, sebab tak contact dia lagi selepas beri RM1000 sebulan yang lalu...
Aku bun
gkam sekejap...bengang pada dua orang ini..hui..hui.
Hubby steady je, walau celaru ju
ga seejap. "Ok lah..jom teruskan plan hari ni, hantar kasut crocs pada Ngah untuk dijual, beri sampel je dulu..sebelum tu sempat pulak singgah Mutiara Motor, cuci mata je, akhir sekali balik Kota Tinggi jumpa Teo"
After solat Asar..syahdu tu n
gadap Allah mohon dipermudahkan semua urusan....he..he, bila susah baru tau rasa syahdu.Ini baru ujian ciput je. Ye la tu aku. Lepas Asar hubby call En. Teo (En. Teo ni sebenarnya baik, first time aku jumpa dia..aku rasa dia ni macam bapak-bapak kita la gitu, beri nasihat, macam boleh belebih kurang)..Tak sangka pulak dia boleh membelakangkan kami , tiba-tiba je nak cari penyewa lain. Hubby kata, itu memang hak dia..sure lah dia tak nak terlepas peluang, kita yang tak contact2 dia..sonyap je. Betul ...ye tak ye..Maka jumpa tuan kedai, baik je dia dan faham masalah kami, dia gantung notis sewa tu, sebab samalah seperti yang hubby cakap tu. Dia beri kami mula masuk pertengahan Mac ni, free je. April nanti baru bayar sewa (Bussines is bussines...sebelum tu kami dah beri cek RM7600, pendahuluan sewa 2 bulan campur duit api)..Minum hari ni free, tuan kedai bayarkan, offer makan, kami tolak. Kedai makan tu selang sebuah dari kedai kami, sewa RM3200 bawah saja, atas RM1000. Kami RM3000 bawah Atas RM800..ok la tu , rendah la juga .Kalau kami tak sewa atas dia nak bela burung walit, sewalah sekali..boleh jadi kedai utk pemborong baju nanti ...bila? tak tau lagi.
Demikianlah isu hari ini.

07/03/10

PANAS.....PANAS









Inilah antara stok crocs yang laris RM30 n RM 20(budak-budak punya)

Kali kedua...di pasar tani,

BAJU OH BAJU









Salam, nampaknya tajuk blog aku hari-hari tulis tak dapatlah dipenuhi..Haa paparan di atas ni adalah hari pertama hubby dan aku berniaga di pasar tani,..dengan penuh semangat hubby memasang peralatan sangkut crocs dan baju. Belum-belum hubby dah ada kenalan. Aku berdebar-debar nak memulakan jualan, oleh kerana aku rasa baju jenama polo, gap, guess dll seumpama agak mahel..maka ari sabtu sebelum sesi pertama hari tu, au pi kedai pemborong keperluan dan pakainan kanak-kanak di JB, "alah hubby beli sikit je, buat ada-ada budget dalan RM150, beli baju tidur Ben 10 je..budak-budakkan suka ben 10.Ok ,hubby setuju, budget untuk crocs pula dalam RM375, nak tambah lagi 2 batang penyangkut dengan cabang dia..keluar lah duit dalam Rm600..cukup la tu...Hubby antar aku ke kedai pemborong tu.Bab beli membeli aku sangat suka, apa yg seronok bila kita beli untuk jualan kita boleh beli banyak-banyak, betul tak..best tau, tengok yg itu nak,yg ini pun nak...Akhirnya nak tau tak berapa, aku bukan setakat beli baju tidur Ben 10 je..Baju baby pun aku sambar sekali, dengan andaian baju kecik ni paling murrah RM4 je sepasang (baju yg lubang2 tu), baju baby 2 jenis (satu jenis lagi aku beli sebab cantik, cute je)..tambah plak lagi baju taransformers..kena pujuk-pujuk gn amoi tu beli le seluar ala-ala legging tapi dia besar sikit, last sekali t shirt buda puteri, jenama next..kualiti dia baik dapt murah sbb nak abiskan stok. Tit..tot..tit..tot..Rm 555.?!.......
Hubby tunggu kat keta gn anak-anak..Tekejut amat lah dia bila aku maklumkan jumlah perbelanjaan aku tu...Macam mana ni , lain dari apa yang dirancang, dah latu lambat la pulak, hari dah nak ke malam..kedai jual peralatan tu pun da tutup, takkan esok nak bejual dengan satu penyangut je, sikit sangat..Dah janji nak ambik crocs lagi....aduh hai, besalahnya diri ku ini. Akibat tindakan ku itu..RM ok lagi, boleh withdraw lai...rak baju ni camna..dah tentu tak de lagi dah kedai yg bukak, crocs memang janji amik malam...Hampir jam 6 petang, aku ada idea....bernas punye idea.
Aku telefon tuan punya kedai ALpha Well, chinese..mintak dia bukak kedai juga."Haiya, u lambat..mana=mana kedai pun sudah tutup, i tak kisah boleh bukak kedai tapi sekarang i dah pegi Kipmart Tampoi jumpa customer. Tak pun esok pagi i bawakan itu barang dalam pukul 9 pagi. Tak boleh saya nak berniaga pukul 6 pagi, aku berkata. Sorry la i bukan tak nak tolong, i balik malam nie pun dah lewat pukul 11 mlm.kata pula tuan keai @#$%^$$$$ .Maka jam 11.00 malam tokey kedai pun buka lah kedainya demi memenuhi permintaan kami.....itu kisahnya.

05/03/10

............

Hari ni tak sempat tulisss...nak pi macam-macam tempat.....

04/03/10

MALAM BARU AMBIK ANAK-ANAK


Anak-anak (yg baju pink anak babysiter-mix chinese malay). Sebelum ni dalam kul 3 pm aku dah ambik anak-anak dari rumah pengasuh, malah lebih awal pun ada...tapi sekarang, malam baru hubby & aku jemput mereka...Laaa kata cuti setahun. Ya benar, yang cuti tu kerja makan gaji...kerja baru sekarang, ialah kerja tak makan gaji, sesungguhnya betullah keja sendiri memang mencabar. Kerja sendiri di sini membawa maksud menjalankan perniagaan sendiri (jual barang-barang). Ayahku dan ayah mertuaku juga berniaga, tapi ayahku berniaga perkhidmatan manakala bapa mertuaku perniagaan tani (belimbing, jagung...datang le tempat aku kalau nak beli belimbing fresh dari ladang, jagung pun dah nak harvest tak lama lagi.....eh..eh promosi la pulak).
Ok aku terus kisahkan....malam tadi 10.30 malam baru jemput anak-anak, yan
g jaga pun dah tidur..suami dia pula yang berjaga..macam malu juge gitu. Malam tadi berurusan dengan pembekal crocs di dataran seget JB. Sapa-sapa nak cuba-cuba jual crocs boleh lah, sedang panas ni sekarang. Itu lah yang hubby dan aku buat..Ahad lepas berniaga di Pasar Tani Taman Universiti, asalnya nak jual baju kanak-kanak , hubby saja je jual sikit crocs...tup-tup hubby punye crocs lagi panas dari baju aku...hui...hui. Tapi tak pe, kejayaan hubby kejayaan aku juga. Maju hubby!!Hidup hubby!!...
Itulah kami, ibarat tak de penyakit cari penyakit,..Tapi seronok, menarik, men
gujakan..baru rasa hidup ini penuh dengan warna warni, turun naik dan mencabar (aku tau ini baru cabaran yang ciput je...)Ok sayang-sayang semua , sambung malam ni yek..bye..good day and salam.

03/03/10

IMBAS AWAL TAHUN 2010


Aku bersama hubby..punya tiga orang anak-anak usia 9 tahun 5 dan 3..yang tengah lelaki diampit kakak dan adik perempuan. Suami dan aku bekerja makan gaji (keja gomen) dah betahun lamanya. Suami 15 tahun dan aku sendiri 11 tahun. Lama tu, pendapatan kami berdua pun dah 6xxx lebih. Aku dah selesa sangat bekerja, cukup bulan dapat gaji, sure dapat punya tak pernah tak dapat. Tak pernah lewat, awal ada le. Begitulah beruntungnya orang yang kerja dengan kerajaan ni. Masuk hospital free je tak payah bayar, bayar le sikit untuk duit makan. Nak buat loan bank? dialu-alukan oleh pihak bank. RM150,000 senang2 boleh dapat.(Tapi bulan-bulan potong gaji, silap-silap baki ciput je...he..he kena hati-hati tu)....Demikianlah betapa telah selesanya kehidupanku ini.

Selesa ba
gi aku, tapi tidak bagi hubby.(Panggilan sebenar "abang" bukan "hubby"..saja meng ada-ada..he..he..he. Tak pe abang ye). Diteruskan kisah....atas dasar ..ada beberapa dasar, pertama hubby tidak selesa bekerja diarah-arah, kedua hubby nak peroleh kekayaan, ketiga nak bekerja sendiri. Aku bilang, kenapa tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah beri. Hubby pula bilang, bukan tidak bersyukur..bersyukur sangat..kehidupan lebih baik dari dulu. Dulu pakai keta nissan sunny 130Y (Aku selalu sebut Sunny BOY), lepas tu tukar Waja dan sekarang, Honda Stream dan Viva (Viva aku punya, tapi dah masuk 3 bulan bagi adik ipar pakai..baik kan aku ni...hi..hi..sebenarnya aku ni garang), rumah pun dah selesa dari sewa rumah kecik 2 bilik tak besiling tak de mozek, ke kuarters tiga bilik bemozek lagi, dan sekarang rumah 2 tingkat 4 bilik 3 bilik air (tapi masih ada hutang....idup tak utang tak sah)..apa pun selesalah kiranya...tapi tidak hubby ku ini...hush..hush.

Berbincang ..berbalah..berbincang..berbalah....akhirnya kami mengambil tindakan nekad campur dikatakan gila oleh rakan-rakan...kami jumpa bos dan mohon cuti tanpa gaji selama setahun...setahun tuan, puan..setahun bukan sebulan, tanpa gaji bukan bergaji, separuh gaji pun bukan, suku pun bukan.....biar betul aku ni.

Ok lah..sambung tulisan ni esok ye....apa jadi pada kami seterusnya.