
Ini "butik" kami di Pasar Tani Taman Universiti.

Bundle grade A, pakaian kanak-kanak. jual di Bazar JB..laris, macam jual air batu campur di waktu panas terik. RM3, RM5..baju bagus-bagus dan cantik2, warga Singapura yg konvoi motor besar pun singgah. Ada juga yg geli nak beli, sebab baju dah terpakai, mencebik panjang bibir ke bawah, sorang dua aje yg mcm ni.

Di Bazar JB. Atas pelanggan belum ada, gambar bawah..pelanggan mula menyinggah....DALAM KENANGAN...kini kami tidak lagi bertapak di sana, datang hanya sebagai pengunjung bukan peniaga lagi. Sempat juga , saat-saat akhir di sana kami terlibat dalam pergaduhan gangster Melayu dengan peniaga Melayu..Hubby join group peniaga bazar, nak leraikan..tapi gangster melayu tu, mengganas..berdarah-darah dia orang kena bantai dengan besi, kayu segala macam. Masa tu dah hampir jam 2 pagi, kebetulan kami lewat kemas hari tu..Aku dah gatal nak join, sambil dukung anak (ikut pulak Ain masa tu, biasa dia tak ikut)..dia orang jerit, suruh aku ketepi. Hubby suruh aku call polis,..dia org kata..tak payah jangan masuk campur. Tak bole jadi..da berdarah-darah ni, akhirnya aku call juga. oh! anak bangsaku...tak lama tu,polis pun sampai, yg gangster semua da tak ada, cabut..keadaan pun tiba2 saje tenang semula, seperti tidak ada apa-apa yg berlaku. Biasa ada 2 org polis mesra rakyat ronder..masa kejadian tak ada pula mereka. Yg luka masih ada di siti, beri keterangan. Esoknya aku dengar gangster2 tu dah kena balun..oleh siapa ? tak tau. (cerita sampingan.. ;-D


Anak-anak dan aku di stor Bundle.(Big Bundle) mungkin ini juga tinggal kenangan..