11/09/11

macam-macam ada


Tempat kami borong baju..di Malaysia, made in Malaysia ada, made in Cina ada, Thailand ada. Macam mana pun Cina tetap sebuah negara yg sangatlah banyak industri, lambakan barang-barang banyak di sana, pegi lah borong kat sana bagi sesiapa yg berniaga, bole beri harga rendah kat customer kita di sini.. (bukan gila-gila ambik untung ye..)

Dalam kami bercuti bebulan-bulan, sempat juga menghadiri majlis perkahwinan rakan sejawat, yg bertemu jodoh di tempat kerja (masih ambik tau hal ehwal rakan sejawat ye).... Semoga berkekalan...



dan sempat juge pegi Kuala Kubu Baru, melihat senario pilihan raya di sana...mmm, semua insan bersemangat, masing-masing dengan gagasan dan wawasannya. Kami juga.

07/09/11

BaZAr JB...laGii.

Atas :Hubby dan Irfan di gudang Bundle...hubby pakai baju bundle (RM50 jugak tuh..)
Bawah : Angah dan suaminya Abg Noh, serta Wawa, dan anak-anak kami..menziarahi kami di bazar sambil berbelanja... Awas! tarikan barang mainan terhadap kanak-kanak sangat kuat di sini. Jika memang niat nak belikan mainan utk mereka, ok lah..harga berpatutan. kalau sebaliknya......



perbualan kami terhenti oleh, kedatangan seorang india mabuk yg sesak nafas macam da nak mati. Hubby hulur air suruh minum..da tak boleh minum. Hubby telefon ambulan, ambulan sampai kasi angkat ke hospital.


Ain dan Madi (penjual barang-barang antik, bersebelahan kami)..Bila Ain sesekali ikut kami, dia jadi tumpuan, maklum..kanak-kanak, sangat menghiburkan.
Ini "butik" kami di Pasar Tani Taman Universiti.


Bundle grade A, pakaian kanak-kanak. jual di Bazar JB..laris, macam jual air batu campur di waktu panas terik. RM3, RM5..baju bagus-bagus dan cantik2, warga Singapura yg konvoi motor besar pun singgah. Ada juga yg geli nak beli, sebab baju dah terpakai, mencebik panjang bibir ke bawah, sorang dua aje yg mcm ni.


Di Bazar JB. Atas pelanggan belum ada, gambar bawah..pelanggan mula menyinggah....DALAM KENANGAN...kini kami tidak lagi bertapak di sana, datang hanya sebagai pengunjung bukan peniaga lagi. Sempat juga , saat-saat akhir di sana kami terlibat dalam pergaduhan gangster Melayu dengan peniaga Melayu..Hubby join group peniaga bazar, nak leraikan..tapi gangster melayu tu, mengganas..berdarah-darah dia orang kena bantai dengan besi, kayu segala macam. Masa tu dah hampir jam 2 pagi, kebetulan kami lewat kemas hari tu..Aku dah gatal nak join, sambil dukung anak (ikut pulak Ain masa tu, biasa dia tak ikut)..dia orang jerit, suruh aku ketepi. Hubby suruh aku call polis,..dia org kata..tak payah jangan masuk campur. Tak bole jadi..da berdarah-darah ni, akhirnya aku call juga. oh! anak bangsaku...tak lama tu,polis pun sampai, yg gangster semua da tak ada, cabut..keadaan pun tiba2 saje tenang semula, seperti tidak ada apa-apa yg berlaku. Biasa ada 2 org polis mesra rakyat ronder..masa kejadian tak ada pula mereka. Yg luka masih ada di siti, beri keterangan. Esoknya aku dengar gangster2 tu dah kena balun..oleh siapa ? tak tau. (cerita sampingan.. ;-D



Anak-anak dan aku di stor Bundle.(Big Bundle) mungkin ini juga tinggal kenangan..

Masam-masam Manis

Posing..semua orang bole, miliki nahi mungkin. Tingkat atas Mutiara Motor Larkin.


Ahaa.. cuba teka, hubby, anak-anak dan aku di mana nie? (Awal tahun 2010..). Di tepi jalan di Bazar JB. Tak ada tapak lagi, jadi placing saje di mana boleh. Akhirnya kena halau dengan pihak yg ada kuasa. Sempat la jual kasut sepasang.. siapa ada pengalaman macam ni, angkat tangan!..
Yang ni pulak, pertama kali nak berjual..tak tau nak ke mana..akhirnya di tepi pantai Stulang Laut kami bertapak, satu stand saja. Malu nak mulakan, tebal muka (selalu baca di buku motivasi, orang lain yg malu nak mula niaga di pasar-pasar malam, kini giliran aku..mmmm)




Alamak...ter up load pulak gambar ni, kejadian ni tahun 2011...semalam majlis pembukaan butik, hari nie banjir..sebelah signboard York cooling king, butik kami. Kidzzlove.

23/05/11

Ladang jagung yang sering kami kunjungi, kian subur dan membesar, release tension berada di ladang nan luas mata memandang...

Inilah kedai yang tak jadi di sewa, besar dan mahal...sebelahnya karaoke.
AAntara baju yang kami borong, untuk kali pertama. Untuk kali pertama juga percubaan mengambil gambar untuk masuk blog dibuat..tak menarik pun gambarnya.Macammana pun up load juga di blog.

Anak-anak happy di ladang jagung, Ibu bapa pun heppii...Ketika ini urusan memulakan perniagaan tetap berjalan.


Ke ladang jagung adik suami, Amin..baru tanam...Damainya alam.





Masih dengan butik kanak-kanak milik orang...tak pernah jemu.






Butik Anak




Offer Bin..kena ada satu kat butik . Daya tarikan.

18/05/11

Belajar LAGI...

I Inilah antara peralatan yang kita perlu ada untuk melabel harga. Aku lupa pulak apa nama spesefik alat ni. Yang kuning tu untuk tagkan kad harga kat baju. Selalu kalau kita beli baju ada tali ni, gigit pakai gigi je nak putuskan. Yang merah tu print harga, ink di kecik aje ada dalam tuh.

yang ni pulak mesin tunai, ada macam-macam jenis, yang seribu ada yang 5 ribu punya pun ada. Kami tak beli, perlu tapi kiv duluan..heh..he

Hubby dengan adik Ong yang banyak tunjuk ajar cara gunakan semua alat-alat tu dan beri cadangan jenis-jenis besi yang perlu digunakan untuk sangkut baju...*waterfall (berry, yg biasa), rak, up right..up down (he..up down tak de ye). So, tak perlu pergi kursus..kursus kat kedai Alpha ni saja...

survey macam-macam BuTIk...

Dari Kuala Lumpur sampai ke JB, tak kira bila dan di mana jua, kami tidak jemu meneliti butik-butik pakaian kanak-kanak...Al maklum..zero, tak ada pengalaman. Macam mana baju di gantung, berapa helai boleh gantung, besi jenis apa, design macam mana yang sesuai, naik pening kepala aku. .Butik-butik ni semua menarik belaka. Hai, asyik membelek butik orang, bila lah butik kita nak jadik nie.

Hubby Semoga Kedai DONUT akan , terealisasi juga satu hari nanti....



lagi contoh Butik Kanak-kanak...GErram aku tengok keindahan baju budak-budak, boleh jadi terapi mindakan...

Memborong D'Malaysia (China ?..belum sampai)

Antara Butik yang sempat kami tinjau meninjau.
1. Di Melaka
2. Shah Alam
Borong gak sikit kat Al Amin kids ni, tapi..aku rasa kurang sesuai, sebab dia hanya beri potongan 30% saja, harga asal dia pulak taraf butik di pasaraya..kita faham .

Tak asing lagi, pusat memborong di Jalan Kenanga KL
Borong la jugak sikit-sikit, baju kanak-kanak branded punye..Mahal juga, kalau nak yang 4 helai RM 10 ada juga, tapi kualiti tak bagus, kain berbulu-bulu. Konsep butik idaman kami ialah baju yang berkualiti...kualiti. mahal tak apa, pasti ada peminatnye.



Kedai donut, idaman hubby..sangat-sangat suka suamiku itu akan konsep kedai yang sebegini..banyak lagik ilmu yang perlu dituntut.

PEMBACA BUDIMAN (kalau ada yg baca le) JANGAN FENIN YE..PERISTIWA INI BERLAKU JANUARI 2010 NAN LALU, AKU AKAN CERITA BERDASARKAN GAMBAR YG KAMI AMBIK..SHOOT..

SetaHun TeLah BerlaLu....


31 Januari 2011, Butik kami berjaya di buka. Tapi comel saja, sebab nak kurangkan kos sewa RM 800. Ukuran dalam 12 x 22 kaki macam tu lah.
Ketika aku menulis nie, dah masuk 4 bulan butik beroperasi. Aku dah naik kerja semula pada bulan 3 Ogos 2010, hubby pula 1 Disember 2010.
Ada orang kata, orang Melayu memang hanya pandai kerja makan gaji sahaja, bila aku dah lalui hidup tanpa makan gaji, aku rasa kata-kata hampeh tu ada betulnya, susah beb...tapi aku rasa kesukaran itu timbul kerana hutang piutang yang telah kami cipta sebelum ini.Personal loan, kereta, rumah. Kalau tak ada utang, INsyaAllah cari duit untuk makan, sewa rumah (tak boleh kalu, tinggal rumah mak bapak le) boleh diurus lagi. Seteresss gila babun bila, bank dah mengalahkan Ah long, telefon, surat, datang rumah. Kereta lagi..sebelum kena tarik, hai..hai..bye..bye kan sebijik, yang paling mahal honda stream, sedih..sayu 20k lebih tu wang muka. Paling tak rasional , kereta seindah itu,kami hantarkan dia ke tempat simpan kereta yg kena tarik, tanpa segan silu kami surenderrrr.